Jenayah

Keluarga penumpang LRT parah tuntut RM1.8 juta

Keluarga salah seorang penumpang LRT yang cedera parah dalam kejadian LRT bertembung tujuh hari lalu memfaikan tuntutan sebanyak RM1.8 juta kepada Prasarana Malaysia Bhd.

Wong Chee Foong, 52, mengalami kecederaan serius di kepala dan tulang belakang.

Bapa kepada empat cahaya mata itu masih berada di unit rawatan rapi (ICU) dan belum sedarkan diri.

Peguam keluarga Jazzmin Khoo dalam satu kenyataan berkata tuntutan itu merangkumi perbelanjaan perubatan, kerosakan fizikal, tekanan mental dan emosi, trauma, kehilangan pendapatan, ganti rugi khas dan umum akibat kecuaian yang disebabkannya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button