NasionalNegeri

Kejayaan “pengurusan pengetahuan” bergantung keupayaan organisasi

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, amalan pengurusan pengetahuan (knowledge management) akan mampu menyatukan sesuatu sistem ideologi, nilai dan kepercayaan.

Baginda bertitah, kunci utama kepada kejayaan sistem ini ialah keupayaan organisasi menerusi pihak pengurusan atasan di dalam memberikan kebebasan kepada pekerja-pekerjanya bagi menggunakan kreativiti mereka sebagai usaha meningkatkan lagi prestasi organisasi.

“Suasana budaya begini menjadikan sesuatu organisasi itu lebih menekankan kerjasama antara pekerjanya tanpa mengira pangkat dan jawatan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan organisasi masing-masing,” titah Baginda.

Pemangku Raja bertitah demikian ketika berkenan mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang ketiga bagi tahun 2023 baru-baru ini.

Baginda bertitah, pengurusan pengetahuan juga meliputi pembentukan dan penyebaran maklumat, diikuti dengan perkongsian dari proses tafsiran daripada maklumat kepada ilmu pengetahuan.

Related Articles

“Pembangunan sesuatu sistem atau “knowledge management” bukan hanya bergantung kepada proses maklumat tetapi merangkumi tafsiran maklumat kepada tahap kepentingan ilmu pengetahuan,” titah Baginda.

Titah Baginda, ia juga meliputi faktor-faktor yang digunakan untuk penilaian kualiti dan penggunaan proses maklumat, pembangunan perkongsian pemahaman dan penggunaan ilmu pengetahuan untuk mencapai sesuatu objektif.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs bertitah, ia sebenarnya berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh pekerja dengan ilmu pengetahuan yang mereka ada.

“Apabila pekerja berhenti dari sesuatu syarikat atau organisasi, ilmu pengetahuan tersebut akan dibawa keluar bersama, tidak kira berapa banyakpun yang dikongsikan,” titah Baginda. – SM

BACA KAHS perkasa agenda pemindahan pengetahuan melalui Qalbu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button