Agama

Kebersamaan dan Keberkatan Program Kongsi Rezeki Sasar Bantuan Sepanjang Tahun

SEMALAM, berlangsungnya Program Kongsi Rezeki: Tahfiz Berselawat 2025 yang dianjurkan oleh Warung Pagi Pagi, SoftRein, Bateriku.com, dan Bigo Live. Program ini menyaksikan kehadiran masyarakat dari pelbagai lapisan yang bersama-sama berganding bahu dalam usaha memenuhi tanggungjawab sosial serta menyemarakkan semangat sedekah dan infaq di bulan yang penuh keberkatan ini.

Menurut selaku duta Soft Rein, Pelakon Amaris, Tujuan  program ini diadakan dengan matlamat untuk mengumpul dana bagi pembangunan infrastruktur institusi tahfiz,  Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah, Keramat, Anak-anak yatim, kebajikan rumah orang tua dan pesakit kanak-kanak pensakit kanser.

”Program Kongsi Rezeki mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran yang sangat ramai, tidak terkira jumlahnya, yang hadir untuk menyumbang dan memberi sokongan. Sasaran utama kami adalah membantu Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah, serta 50 anak-anak pesakit kanser yang berada di bawah pemantauan kami.

”Mereka sangat memerlukan bantuan dari segi bekalan susu dan lampin kerana sering menjalani rawatan kemoterapi. Selain itu, bantuan juga disalurkan kepada golongan gelandangan dan anak yatim, memastikan kebajikan mereka terpelihara sepanjang tahun dan bukan hanya di bulan Ramadan”, katanya semasa ditemui.

Bertemakan “Putih Bersih”, program ini mengambil keberkatan bulan Ramadan untuk mengadakan majlis berbuka puasa amal bersama generasi Al-Quran dalam acara khas yang diberi nama “Tahfiz Berselawat”. Ia bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan sesama umat Islam, malah menjadi wadah untuk menyokong pendidikan anak-anak tahfiz dari pelbagai aspek.

Program ini telah berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kehadiran tetamu yang terdiri daripada dermawan, ahli korporat, serta pencinta ilmu agama telah menyemarakkan lagi suasana program ini. Para hadirin bukan sahaja berpeluang untuk berbuka puasa bersama anak-anak tahfiz, malah mereka turut mengambil bahagian dalam sesi selawat dan tazkirah ringkas yang memberikan pengisian rohani yang amat bermakna.

Menampilkan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid terkenal, Raihan, program ini dijangka memberi pengalaman yang bermakna kepada semua yang hadir, menghidupkan kembali kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui selawat dan doa.

Sebagai sebahagian daripada usaha mengumpul dana, Majlis “Tahfiz Berselawat” akan menghimpunkan 100 orang anak-anak tahfiz sekitar Kuala Lumpur dalam sebuah majlis berbuka puasa amal. Selain sesi selawat bersama, majlis ini turut disertai tazkirah ringkas oleh para ustaz yang akan memberikan pengisian rohani kepada hadirin. Hasil penjualan meja berbuka akan disalurkan sepenuhnya kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah.

Selain itu, pada 22 Mac 2025, Majlis “Tahfiz Berselawat” akan diteruskan di Saloma, Kuala Lumpur. Sebanyak 30 meja dengan kapasiti 300 tempat duduk disediakan untuk dijual, di mana hasilnya bukan sahaja akan membantu pembangunan maahad tahfiz tetapi juga akan diinfaqkan kepada pesakit kanser kanak-kanak melalui Adina Charity Circle.

Kesemua dana yang dikumpulkan akan disalurkan terus kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah. Sebahagian daripada dana ini juga akan digunakan untuk pembayaran lokasi berbuka puasa, dengan Warung Pagi Pagi menawarkan harga istimewa pada kadar modal sahaja. Tambahan pula, tempat duduk untuk pelajar tahfiz, ustaz, serta pengamal media telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Warung Pagi Pagi sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif ini.

Bagi mereka yang ingin berinfaq kepada generasi Al-Quran ini, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB: 8602008531 atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah. Kami juga ingin menegaskan bahawa pihak penganjur, iaitu Team Kongsi Rezeki, tidak mengambil walau satu sen daripada sumbangan yang diberikan. Setiap infaq akan terus disalurkan kepada mereka yang memerlukan, dan kami hanya bertindak sebagai pengantara serta sukarelawan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button