Nasionalpilihan

Kebenaran rentas negeri akan diumum dalam masa terdekat

KEBENARAN unuk rentas negeri akan dibincangkan dan berkemungkinan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya bersama tiga lagi kementerian sudah berbincang mengenai perkara itu dalam satu mesyuarat khas hari ini.

“Kelonggaran baharu antaranya rentas negeri sudah dibincang dan diperincikan dalam mesyuarat khas tersebut.

“Inti pati perbincangan dan keputusan empat menteri ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan beliau akan mengumumkannya dala masa terdekat,” katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. -SM

Related Articles

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button