Nasional

Keamanan dan keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan

KEAMANAN dan keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan kata Timbalan Perdana Menter, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, kerjasama erat antara polis dan masyarakat adalah kunci kejayaan dalam memerangi jenayah dan mengekalkan ketenteraman dan kesejahteraan awam.

“Saya turut berkomitmen untuk membantu pihak polis dengan menaiktaraf aset-aset yang sedia ada serta menyediakan aset-aset yang diperlukan agar tugas mereka dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.

“Saya berharap dengan wujudnya Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk ini, keamanan dan keselamatan di Bagan Datuk akan terus dipertingkatkan.

“Semoga kerjasama antara pihak polis dan masyarakat setempat akan menjadi semakin erat sekaligus menjadikan Bagan Datuk sebagai sebuah kawasan yang aman, sejahtera dan harmoni. Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan sempena Majlis Pelancaran Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk yang bertempat di Perkarangan IPD Bagan Datuk.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa kes jenayah di Bagan Datuk semakin berkurangan. Ini merupakan hasil usaha gigih pihak polis dan kerjasama daripada masyarakat setempat.

“Tahniah saya ucapkan! Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras jenayah di Bagan Datuk. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button