Politik

Keadilan bersyarat oleh DAP

DAP akan bantu anda jika anda belasah kerajaan. DAP akan sokong anda jika anda kritik kerajaan.

Inilah yang dibawa oleh parti yang dipenuhi dengan para pemimpin yang cukup bijak memanipulasi emosi rakyat.

Bukan mudah melaksanakan program vaksinasi mega dan pada masa yang sama wabak Covid-19 masih ganas merebak dan kerajaan juga perlu memastikan ekonomi negara tidak terjejas teruk.

Lihat saja ayat YB Lim Guan Eng bahawa DAP akan memberi perkhidmatan guaman percuma kepada mereka yang dijadikan mangsa kerana:

i ) mengkritik ketidakcekapan Kerajaan PN (ini termasuklah membantu DS Najib yang dituduh masa pemerintahan PH ?)

ii ) mendedahkan amalan dua darjat dalam pematuhan sekatan PKP

iii ) peniagaan yang disaman secara tidak adil akhibat kekeliruan dan perubahan dasar.

Lihatlah syaratnya. Rasanya pemimpin parti lain seperti UMNO ada juga yang membantu mereka yang disaman kerana melanggar SOP, tetapi tidak pula menjadi penghasut.

Tetapi pemimpin DAP dek kerana mahu menyerang Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang juga Timbalan Menteri Perpaduan mereka menggerakkan hasutan.

Inilah kemahiran DAP. Rakyat yang termakan hasutan DAP telah menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya lalu dan akhirnya mereka ditendang dari kerajaan dan kembali menjadi pembangkang.

Menurut Ti beliau setuju sangat dengan syarat-syaratnya berkenaan.

Kata Senator Ti, nasib baik YB Lim tidak memberikan perkhidmatan guaman percuma kepada mereka yang

-menghasut dengan fakta yang tidak tepat dan diputar,

-menghasut untuk menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum dan sebagainya.

Sebenarnya, Barisan Nasional juga menawarkan perkhidmatan guaman percuma, contohnya kes Abang Burger Kelantan yang dikompaun oleh pihak berkuasa.

Apa jua syarat DAP nak letakkan untuk perkhidmatan guaman percuma mereka, kita terima.

Namun rakyat Malaysia tetap akan melawan hasutan yang menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum, penyebaran berita palsu dengan niat untuk provokasi satu-satu kaum supaya marah dan benci kaum lain.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button