Nasional

Keadaan banjir di Kelantan semakin teruk, lebih 25,000 orang kehilangan tempat tinggal

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 25,354 orang pagi ini berbanding 11,600 orang semalam.

Mangsa daripada 6,897 keluarga kini berteduh di 133 pusat pemindahan banjir di sembilan daerah.

Hujan lebat berterusan di negeri ini turut menyebabkan paras air di lapan sungai berada di atas paras bahaya setakat 9.30 pagi.

Sungai-sungai ini termasuk di Kuala Krai, Kampung Pahi, Kampung Tualang, Kampung Sungai Nal, Kampung Jenob, Rantau Panjang dan Tumpat.

Paras air Sungai Kelantan di jeti Sultan dan Sungai Semerak di Bachok berada di atas paras amaran.

Related Articles

Banjir turut mengakibatkan beberapa jalan di Kelantan ditutup kepada semua kenderaan apabila laluan itu ditenggelami air antara 0.3m hingga 1m.

Jalan yang terkesan banjir pula adalah Jalan Kota Baru-Kuala Krai, Jalan Tanah Merah-Lubok Jong dan Jalan Sungai Durian-Chenulang. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button