Nasional

Ke mana perjuang Perlembagaan Persekutuan versi BM sebagai teks berautoriti?

Setelah 66 tahun Malaysia menentukan arus pentadbiran negara, baru tahun ini kedengaran Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu mahu dicadangkan sebagai teks berautoriti.

Habis selama ini, apakah bahasa yang digunakan sebagai teks berautoriti dalam menentukan pelaksanaan dan kefahaman yang padu terhadap undang-undang negara?

Berapa banyak kes yang telah berjalan atau sedang berjalan di mahkamah masih menggunakan Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Inggeris sebagai keutamaan dalam membuat keputusan?

Berapa ramai pula nasib orang-orang Malaysia yang dikhianati akibat percanggahan maksud di sebalik teks berautoriti itu apabila Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu disisihkan?

Merujuk kenyataan Pejabat Peguam Negara, ia jelas selama ini kerajaan terdahulu langsung tidak peka dengan keadaan ini dan melecehkan taraf kedudukan bahasa Melayu itu sendiri.

Hari ini, rakyat menerima Kerajaan Perpaduan yang hala tujunya jelas baharu serta lebih segar bagi memperbetulkan segala masalah yang dibuat oleh pemain politik terdahulu.

Melihat permasalahan yang terjadi secara holistik, timbul satu persoalan besar iaitu di mana pejuang Melayu yang memperjuangkan perkara ini?

Atau mereka sebenarnya tidak pernah tahu bahawa masalah ini telah berlaku selama 66 tahun dan masing-masing play safe dengan mengharapkan orang lain bersuara?

Jika demikian, wajarlah rakyat bangkit menyokong cadangan Pejabat Peguam Negara kerana menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai versi bahasa Melayu sebagai teks berautoriti adalah satu rahmat.

Ia bukan sahaja membolehkan Perlembagaan Persekutuan itu dihormati malah kredibiliti Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim juga lebih disanjung tinggi.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button