ALHAMDULILLAH saya dan rombongan selamat pulang ke tanah air setelah bermusafir ke Lombok, Indonesia.
Sepanjang berada di sana, saya telah mengadakan kunjungan hormat kepada Gubernur Nusa Tenggara Barat, Dr. Zulkieflimansyah, menziarahi Ketua Umum DPW PKS Nusa Tenggara Barat, H. Abdul Hadi dan kepimpinannya, melawat Yayasan Pondok Pesantren Nurul Hikmah yang disambut oleh Tuan Guru Haji Muharrar Mahfuzh, menyampaikan Khutbah Jumaat dan kuliah di Masjid Raya Hubbul Wathan, Nusa Tenggara Barat serta Majlis Ramah Mesra bersama NGO Syabab Care Malaysia.
Semoga usaha penyatuan ini akan mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyatukan umat Islam di rantau nusantara, mengadakan kerjasama ekonomi dan pendidikan antara Malaysia-Indonesia, dan meneruskan misi kemanusiaan sebagai satu rumpun keluarga yang besar.
“Islam Memimpin Perpaduan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS