Nasional

Kau diamlah Wee Ka Siong

Jangan campur tangan urusan Perdana Menteri, Tun Mahathir. Parti kamu tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan.

Sejak tidak berada dalam kerajaan, Presiden MCA begitu lantang mengkritik Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir.

Malah kenyataan atau pendapat peribadi Tun Mahathir mengenai isu kewarganegaraan negara India pun dipertikaikan oleh Ka Siong. Hairan sungguh Ka Siong ni!

Kamu bukan siapa-siapa lagi Ka Siong. Kamu menangpun kerusi parlimen Ayer Hitam, atas ehsan undi Melayu. Harapkan undi ultra kiasu, sudah lama kamu lingkup.

Tak ada langsung wakil di Parlimen, kecuali Tanjung Piai yang kamu menangi baru-baru ini.

Related Articles

Tidakkah kamu sedar, siapa lagi negara Islam yang boleh diharap untuk menegur negara-negara kuasa besar dunia, kalau bukan Malaysia.

Lagi pun negara kita menjunjung demokrasi, begitu juga dengan negara India. Tidakkah kebebasan suara terjamin

Teguran PM kepada kerajaan India berkait rapat dengan masa depan umat Islam di sana. Amat jelas sekali umat Islam didiskriminasikan, dianiaya dan dibunuh saban hari.

Apakah kita tidak ada hak untuk bersuara. Kenapa kamu diam Ka Siong, bila nasib menimpa umat Islam.

Tetapi bila hak pendidikan Cina dicuit sedikit kamu begitu lantang mempertahankan. Ultra kiasu sungguh kamu.

Siapa lagi yang boleh menegurkan kerajaan komunis China dalam isu Uighur melainkan Malaysia?

Kenapa kamu masih diam dengan tindakan kuasa besar negara China ke atas umat Islam Uighur?

Aku pun Cina juga, tetapi aku tahu membezakan mana dia hak mana dia batil, walaupun terpaksa mengutuk tindakan manusia sebangsa. Salah tetap salah, bukan soal siapa?

India adalah negara demokrasi terbesar di dunia, hak kebebasan bersuara terjamin.

Takkan seorang PM sesebuah negara tidak boleh bersuara atas kekejaman yang dilakukan.

Kamu kata, Tun Mahathir perlu mengelakkan perbalahan dengan negara besar dan memberi tumpuan untuk membangunkan ekonomi, lebih-lebih lagi dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global yang akan menjejaskan ekonomi negara.

Kamu rujuk kepada kenyataan Tun Mahthir baru-baru ini berkenaan undang-undang baru kewarganegaraan India, yang disifatkannya sebagai menafikan kewarganegaraan kepada sesetengah orang Islam.

Meskipun kenyataan itu disangkal oleh India menerusi kementerian hal ehwal luarnya, yang menyifatkan kenyataan Tun Mahathir sebagai tidak tepat dan menggesa agar Malaysia tidak mengulas soal dalaman negaranya.

Ini bukan soal campurtangan tetapi menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati. Kerajaan Malaysia ‘tidak pernah mendiskriminasikan’ bukan Islam yang tinggal di negara Islam.

Kenapa umat Islam sentiasa menjadi mangsa dalam negara bukan Islam? Ini tidak adil. Kami ada hak bersuara

Isu itu beberapa bulan selepas Tun Mahathir membangkitkan konflik di Kashmir dan Jammu ketika Perbahasan Umum pada Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) September lalu, yang turut dibantah India.

Hak bersuara, hak kerajaan Malaysia. Hak membantah, hak kerajaan India. Apa masalahnya? Kamu bising pasal apa Ka Siong? Adakah kamu tertindas di negara bertuah ini?

Satu dunia tahu bahawa kerajaan India di bawah PM Modi hari ini tidak pernah mesra Islam. Saban hari umat Islam berjumlah 173 juta di India menjadi mangsa. Termasuk isu terbaharu mengenai Kashmir.

Adakah kamu buta Ka Siong? Kamu lama tinggal di kawasan majoriti orang Islam, kamu tahu bahawa uUmat Islam itu bersaudara. Kami bebas bersuara tentang nasib umat Islam. Kenapa kamu buat-buat tak tahu?

Pernahkah kamu bela umat Islam di Uighur yang dilanyak dan dihenyakkan oleh Parti Komunis China Ka Siong. Kenapa kamu diam Ka Siong bila umat Islam menjadi mangsa China.

Tidak cukup dengan itu, kamu menjadi cukup ultra kiasu mempertahankan SJKC bersama Hua Zong dan Dong Jiao Zong. Seolah-olah sekolah Cina langsung tidak boleh diusik. Seolah-olah NGO rasis ultra kiasu inia dalah kerajaan.

Semua orang tahu, kamu memang tidak suka Perdana Menteri hari ini. Sebab PM hari ini memang tidak beri muka kepada NGO rasis ultra kiasu komunis yang sealiran dengan kamu iaitu Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.

Kamu sokong perhimpunan komunis ini pada 28 Disember bersama parti ultra kiasu lain, sedangkan PM minta supaya dibatalkan

Ternyata, kamu dan parti-parti ultrakiasu dan NGO yang komunis yang lain nampak macam berbeza, sebenarnya kamu memang SATU. Bila diusik sedikit pendidikan Cina, habis kamu semua melompat.

Bila nasib menimpa umat Islam di China, kamu diam. Tidakkah ciri-ciri menampakkan ada pengaruh komunis?

Apakah kita perlu menjadi pembodek tegar negara-negara kuasa besar yang begitu jelas sekali mendiskriminasikan dan menganiayai negara-negara Islam.

Begitu juga dengan negara-negara Islam yang menjadi sekutu Amerika Syarikat. Apakah kerana mereka menjadi sekutu US, maka kita tidak boleh sentuh dan dinasihati sedikit.

Saya tidak boleh bayangkan jika kamu berada dalam kabinet hari ini.

Jika begitulah keadaan, tiada sapapun boleh menegur negara haram Israel yang membunuh saban hari umat Islam di Palestin hanya kerana dia sekutu US. Bijak sungguh kamu Ka Siong dalam hubungan diplomatik yer.

Kamu ingat kamu seorang yang cerdik? Apakah kamu tidak fikir Tun Mahathir tahu sangat yang diperkatakan dan implikasi yang akan diterima?

Sudahlah Ka Siong, jagalah parti kamu yang semakin nazak. Kamu mahu bersama BN, tetapi kamu tolak Muafakat Nasional. Aku tahu apa strategi dan sebahagian yang ada di kepala kau Ka Siong.

Pada hemat saya, Tun Mahathir selaku PM Malaysia, Kerajaan Malaysia, adalah harapan kepada suara umat Islam sedunia, tatkala negara- negara Islam lain diam membisu.

Kalau dengan sedikit kritikan ini, hubungan dengan negara kuasa besar terjejas, apa nak buat. Takkan kita mahu biarkan kekejaman, kezaliman dan penindasan terus menerus berlaku kerana takutkan kuasa-kuasa besar?

Kita bukan menyerang negara-negara lain Ka Siong sebagaimana yang dilakukan oleh negara kuasa-kuasa besar.

Mereka bebas membunuh umat Islam tanpa perikemanusiaan. Takkan kita mahu terus diam.

Kita tidak nafikan hubungan diplomatik dan hubungan ekonomi amat penting, tetapi pada masa sama kita tidak boleh biarkan ketidakadilan, penindasan, kekejaman dan pembunuhan dilakukan sewenang-wenangnya.

Apakah kamu fikir Tun Mahathir tidak tahu apa yang diperkatakan dan apa yang dilakukan selaku seorang Perdana Menteri? PM terlalu arif dalam perkara tersebut. PM tidak perlu kepada teguran kamu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button