Hiburan

Kareena Kapoor, suami, Saif Ali berpindah ke rumah baharu

SABAR menanti sejak beberapa tahun lalu, kini pasangan Bollywood, aktres Kareena Kapoor Khan dan suami, produser dan aktor, Saif Ali Khan bersama anak mereka, Taimur dikatakan bakal menduduki rumah baharu.

Khabar angina tentang perpindahan masuk ke rumah baharu telah bertebaran dalam kalangan media tetapi pasangan ini memilih untuk mengunci mulut. Mungkin mereka mahu berpindah secara diam-diam kerana mahukan privasi.

Rumah baharu itu dikatakan terletak di seberang jalan sahaja dengan rumah dua tingkat yang mereka diami sekarang.

Sejak beberapa bulan ke belakangan ini, Saif dikatakan dilihat berulang-alik ke rumah baharu untuk melihat progres pembinaan. Bahkan sejak beberapa tahun lalu, pasangan ini tinggal di Fortune Heights. Malam baru-baru ini, kawan-kawan Kareena iaitu Malaika Arora, Amrita Arora Ladak dan adik Kareena, Karisma Kapoor telah membuat hantaran gambar meraikan perpindahan ke rumah baharu.

Bagaimanapun hantaran gambar beserta kapsyen ditulis secara umum tanpa spesifikasi dengan posisi gambar Kareena merenung ke luar jendela sambil memberi bayangan, memulakan satu kehidupan di rumah baharu.

Sementara itu, pangsapuri mewah yang menjadi jiran kepada rumah baharu yang direka mengikut citarasa Saif dan Kareena, turut direka mengikut apa yang didalam minda anak-anak dan keluarga dari kedua-dua belah pihak.

Rumah baharu itu lengkap dengan perpustakaan, teres yang cantik, taman mini, bilik-bilik yang luas, khabarnya rumah baharu itu juga mendapat sentuhan daripada pereka, Darshini Shah.

Darshini Shah turut diberikan tanggungjawab mereka pejabat Dinesh Vijan’s Maddoc k Films dan Imtiaz Ali’s Window Seat Films dan Fortune Heights, kediaman Saif  dan Kareena turut direka oleh Darshini Shah.

Sebenarnya, pasangan suami-isteri ini pernah bercakap tentang berpindah ke rumah baharu mereka. Akan tetapi, apabila ada pihak media mengajukan soalan tentang itu, Saif tidak memberikan sebarang reaksi atau pun respons.

Bagaimanapun, apabila bapa Kareena, aktor Randhir Kapoor ditanya tentang perkara ini, beliau menjawab,” Ya, mereka akan berpindah ke rumah baharu. Rumah itu sedang dibina sejak beberapa tahun lalu dan dibeli, juga sejak beberapa tahun lalu.

“Mereka akan berpindah tetapi saya tidak pasti, bilakah tarikh perpindahan mereka ke rumah baharu itu.”

Randhir turut ditanya, mengapakah sejak kebelakangan ini, jarang melihat beliau di layar perak?

Beliau berkata, “pergerakan sekarang sangat terbatas di sebabkan oleh pandemik masih belum berakhir.

“Ia telah mengubah kehidupan kita semua. Kita perlu ada kesedaran diri. Saya tidak mahu membahayakan ahli keluarga saya. Saya juga tidak mahu meletakkan nyawa dan kesihatan orang lain di tahap yang tidak sepatutnya.” – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button