Nasional
Kapasiti Tren Boleh Muatkan 800 Orang Dan Semalam Kurang Daripada 15 Peratus!
Timbul isu daripada para netizen yang dihormati mengapa sampai seramai 213 orang boleh berada dalam tren? Tidakkah bilangan mereka terlalu padat sehingga melanggar penjarakan sosial?
Jawapannya adalah anggapan demikian adalah tidak boleh diguna pakai apabila pihak Prasarana memaklumkan kapasiti standard tren LRT boleh memuatkan sehingga 800 orang dalam satu masa.
Jadi untuk kejadian semalam, tidak sampai pun 15 peratus daripada kapasiti standard dan kebanyakan mereka yang terlibat adalah isi rumah yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.