Kanak-kanak maut selepas dilempar 27 kali ketika latihan judo
Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang dibanting ke lantai 27 kali semasa latihan judo telah meninggal dunia di Taiwan.
Kanak-kanak tersebut dia mengalami pendarahan otak yang teruk setelah kelas judo yang menyaksikan rakan sekelasnya dan pelatihnya berlatih melemparkannya ke lantai pada April lalu..
Kanak-kanak itu kemudian mengalami koma dan menjalani rawatan hidup.
Ibu bapanya membuat keputusan untuk menarik alat sokongan hidup setelah hampir 70 hari kanak-kanak tersebut berada dalam koma.
Jurulatih kanak-kanak itu, yang berusia akhir 60-an, telah dituduh melakukan serangan fizikal yang mengakibatkan kecederaan serius, menurut laman berita tempatan Taipei Times.
Pelatih itu, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Ho, awal bulan ini dibebaskan dengan jaminan NT$100,000.
Namun, setelah kematian mangsa, pendakwa akan mengubah tuduhannya sebagai “kecederaan yang menyebabkan kematian”, menurut laman berita Taiwan News.
Sekiranya didapati bersalah, dia boleh menghadapi hukuman penjara minimum tujuh tahun hingga penjara seumur hidup, tambah laporan itu.
Kanak-kanak tersebut menghadiri kelas judo pada 21 April di bawah pengawasan bapa saudaranya, yang dilaporkan mengambil video ketika latihan untuk ditunjukkan kepada ibu kanak-kanak itu bahawa judo berpotensi tidak sesuai untuknya.
Video berkenaan memaparkan dia dilemparkan beberapa kali oleh rakan sekelas yang lebih tua semasa latihan.
Kanak-kanak terbabit kedengaran menjerit dalam video itu tetapi jurulatihnya memerintahkannya untuk berdiri dan menyuruh budak lelaki itu terus melemparkannya lagi, sebelum dia sendiri melakukannya.
Dia akhirnya pengsan, walaupun keluarganya mengatakan pelatihnya menuduhnya berpura-pura tidak sedarkan diri.
Pada hari Selasa jam 9 malam, Hospital Fengyuan mengumumkan bahawa tekanan darah dan kadar degup jantungnya menurun. Setelah doktor bercakap dengan keluarganya, mereka bersetuju untuk menarik sokongan hidup.-SM