KesihatanPenyakit

Kanak-Kanak Lelaki Di Sabah Meninggal Dunia Akibat HFMD

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Farhan Lukman Abdullah, disahkan meninggal dunia kira-kira jam tiga pagi tadi dipercayai akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Menurut laporan, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu selepas tiga hari dipindahkan dari Hospital Daro bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut kerana keadaan kesihatannya yang merosot.

Ibunya, Mastura Ali berkata, anak bongsunya itu sebelum inimerupakan seseorang yang cukup aktif namun tiba-tiba berubah menjadi lemah selain hilang selera makan sejak tiga hari lalu.

“Selepas dijangkiti HFMD, keadaannya berubah dan setiap kali menjelang waktu malam, dia sering menangis dan memaklumkan tidak boleh tidur dengan lena,” katanya.

HFMD adalah satu penyakit mudah menular dalam kalangan kanak-kanak dan jika tidak dirawat dengan kadar segera, penyakit ini berpotensi meragut nyawa si kecil.

Jenazah mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemang Pek untuk dikebumikan jam 2.30 petang tadi dan para ibu bapa disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan anak-anak.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button