Kanak-kanak enam tahun mengaku ‘disunat jin’
Seorang kanak-kanak lelaki dari Indonesia mendakwa dirinya telah dikhatankan oleh makhluk halus atau dipanggil jin.
Kejadian yang berlaku pada 31 Disember lalu telah mengejutkan seluruh penduduk kampung di Kelapa Gading, Jakarta Utara.
Menurut laporan Tribun News, kanak-kanak berusia enam tahun itu terlihat satu Lembaga misteri bertubuh besar melintas di hadapannya semasa membuang air kecil di sungai berhampiran rumah.
Selepas melihat perkara aneh itu, kanak-kanak itu berasa sakit di kemaluannya lalu menjerit meminta tolong, dikatakan Lembaga itu hilang secara tiba-tiba apabila kanak-kanak itu mengerdipkan mata.
Nenek kepada kepada kanak-kanak itu yang dikenali Sami, terkejut apabila melihat kemaluan cucunya yang kelihatan seperti sudah ‘sunat’.
Susulan itu, kanak-kanak tersebut dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut namun menurut doktor dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang teruk.
Menurut petugas perubatan di Pusat Kesihatan Ancol, Dr Benny Alpharandus berkata tiada istilah dikhatankan oleh jin.
Mungkin ia adalah kejadian di mana selaput pelindung zakar pada kanak-kanak tertarik ke belakang. Biasanya kita panggil dalam istilah perubatan, ‘paraphimosis’.
Justeru itu, Dr Benny menyarankan pemeriksaan lanjut dilakukan oleh pakar perubatan untuk memastikan keadaan sebenar kanak-kanak itu.
Artikle Berkaitan :>
Rupanya ramai wanita Kelantan kahwin kontrak dengan warga asing