“Kami tak boleh dengan orang kurang ajaq” – Nourul Wahab
Insiden ditengking oleh petugas di KLIA Sepang
PENYANYI Nourul Wahab mendakwa, seorang anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang telah bersikap kurang ajar dengannya.
Menjelaskan situasi yang berlaku, Nourul atau nama sebenarna Noorul Huda Abdul Wahab, 41, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama suami, Eric Depp, menghantar ibu bapa mentuanya pulang ke Perancis.
“Kita faham memang tak boleh ramai-ramai untuk elak penularan COVID-19. Memang kena ikut prosedur operasi standard (SOP).
“Saya sudah cakap (beritahu) yang ibu bapa mentua saya tak boleh berbahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Jadi, macam mana mereka nak check-in.
“Taetapi dia tiba-tiba meniggikan suara macam saya ni tidak patuh undang-undang,” kata Nourul.
Menurut Noorul lagi, dia cukup tidak suka dengan orang yang tiada adap dengan orang lain, tidak kira sama ada orang itu berpangkatpun atau tidak.
Bagaimanapun, Noorul dalam satu lagi status terbaharunya di Instagram berkata, hanya seorang sahaja yang berperangai sebegitu.
“Lepas dia tengking kami, dia terus pergi. Mujur ada anggota lain yang bantu dan bercakap dengan cara baik dengan kami.
“Saya cukup hormat dengan anggota beruniform yang bertugas demi negara. Mungkin ada satu dua orng yang tidak dapat tahan tekanan sebab mereka juga manusia,” jelasnya. – SM