EkonomiRencah Hidup

Kalau McD laku keras, tak kan premis lain rugi…

SEJAK bulan Ramadan lalu sehinggalah hari ini, berbaris panjang dalam kereta untuk perkhidmatan pandu lalu di premis makanan segera McDonalds adalah suatu normal baharu kepada masyarakat apabila kita semua dikenakan PKP dan patuh SOP.

Semalam, contohnya, dua premis McDonalds ditutup pada pukul 8 malam dengan menyekat kenderaan daripada terus beratur untuk membeli makanan di lorong pandu lalu.

Menurut kata kakitangan yang bertugas menjaga kenderaan yang mahu menggunakan perkhidmatan pandu lalu itu, mereka sudah habis produk yang dihasilkan untuk hari itu.

Ini bermaksud, tiada lagi kentang goreng atau burger termasuk promosi burger yang giat dilakukan oleh pengurusan McDonalds.

Jadi, apabila Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, J Suresh berkata, pelaksanaan sekatan yang menghendaki semua premis makanan ditutup pada pukul 8 malam di bawah PKP sebenarnya tidak perlu dipersoalkan.

Bahkan, restoran-restoran mamak malam tadi pun, tepat pukul 8 malam, mereka mematikan lampu, restoran tidak menerima pelanggan dan operasi mereka boleh sahaja bersambung pada keesokan hari.

Perminataan itu tidak sukar untuk dipatuhi kalau mentaliti tidak bertumpu kepada mengaut keuntungan berlipat kali ganda atau sebelum tersebarnya wabak Covid-19.

Restoran-restoran mamak dan premis perniagaan makanan masih boleh beroperasi dalam tempoh waktu yang ditentukan.

Jadi, patuh dan beroperasilah kerana rezeki itu akan datang jika perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan adalah ikhlas dan bukan mahu mengenakan pelanggan dengan menjual makanan yang baki semalam bawa ke hari ini!

J Suresh mendakwa, pelaksanaan sekatan itu hanya menyusahkan pengusaha restoran, perkhidmatan penghantaran makanan dan pelanggan.

“Sukar bagi pengendali kedai makan kerana mereka harus mengambil pesanan terakhir pada jam 7 malam sebelum perlu segera menutup restoran mereka,” katanya seperti mana yang dilaporkan oleh portal berita FMT .

Kenyataan J Suresh itu pula, jika ditimbang dan difikir secara logik, ada penyelesaiannya iaitu dengan pihak pengurusan kedai makan, bersifat cekap dan efisyen dalam menawarkan perkhidmatan.

Boleh sahaja memaklumkan kepada para pelanggan, bilakah masa atau waktu pesanan terakhir diterima kerana selepas pesanan terakhir itu, boleh dibungkus dan membuat urusan penghantaran pula.

Jangan segalanya tunggu sehingga ke saat akhir kerana tidak mahu rugi kononnya. Nak untung dan kalau ikutkan, caj penghantaran makanan lebih tinggi berbanding dengan harga makanan itu sendiri.

Dalam keadaan kehidupan Covid-19 ada di sekeliling kita dan rakyat pula digalakkan membeli barangan keperluan termasuk memesan makanan melalui perkhidmatan penghantaran, bertabahlah apabila melihat duit simpanan semakin menyusut.

Golongan yang bukan berpendapatan makan gaji akan faham maksud di atas.

Kata Suresh lagi, apabila ditetapkan tempoh waktu sebegitu, larangan itu juga, dakwa beliau, akan membahayakan nyawa penunggang penghantaran makanan kerana mereka perlu bergegas bagi memenuhi pesanan terakhir mereka. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button