GajetUlasan

Peranti Android 2021 yang mana pilihan hati ikut poket anda?

dalam kategori peranti berharga antara RM400 ke RM800 sahaja

Dari tahun lepas menyaksikan & mengukir sejarah dengan kehadiran Pandemik Covid 19 yang telah mengubah cara hidup & perspektif kehidupan kita dengan norma baharu.

Namun, lanskap itu tidak mengubah pasaran teknologi sama sekali, malah dirancakkan dengan banyak inovasi-inovasi terbaru. Dengan bantuan kerajaan kepada rakyat untuk menghadapi situasi norma baharu ini, rakyat bolehlah juga menarik nafas lega.

Secara tidak langsung, peranti memainkan peranan yang agak penting di musim pandemik ini.  Mana tak nya, semua urusan harus di lakukan di atas talian.

Jadi, untuk membantu anda memilih peranti terbaru tahun 2021 ini, berikut adalah  senarai mengikut bajet anda kurang dari RM1,000:

Kategori peranti berharga RM400.00 – RM599.00

Redmi 9T – Dilancarkan di Malaysia pada bulan Januari, peranti ini agak berbaloi dengan ciri-ciri agak menonjol seperti bateri besar 6000mah dengan pengecasan pantas 18watt, skrin berukuran 6.53inci, chipset pertengahan Snapdragon 662, berat 198gram, kamera utama 48 mega piksel dengan lensa ultra lebar 8 mega piksel yang sangat jarang ditemukan di pasaran pada harga sebegini, pilihan RAM 4GB dengan 64GB storan dalam atau 6GB dengan 128GB storan dalaman, pilihan warna kelabu, biru, hijau & jingga.

Redmi 9T

 

Samsung Galaxy M02 – Dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac, peranti ini agak dengan ciri-ciri yang agak kurang sedikit dari peranti Redmi tadi seperti bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan biasa 10watt sahaja, skrin berukuran 6.5inci, chipset permulaan Mediatek 6739w, berat 206gram, kamera utama hanya 13 mega piksel dengan lensa makro 2 mega piksel, pilihan RAM 2GB dengan 32GB storan dalaman, pilihan warna kelabu, biru, merah & hitam.

Samsung Galaxy M02

 

Oppo A15s – Dilancarkan di Malaysia pada bulan Februari, peranti ini agak asas seperti bateri 4230mAh dengan pengecasan biasa 10watt sahaja, skrin berukuran 6.52inci, chipset permulaan Mediatek Helio P35, agak ringan pada keberatan 177gram sahaja, kamera utama 13 mega piksel lensa makro 2 mega piksel, RAM 4GB dengan 64GB storan dalam, pilihan warna hitam & putih.

Oppo A15s

 

Realme C21 – Dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac, peranti ini agak asas seperti bateri 5000mah dengan pengecasan biasa 10watt sahaja, skrin berukuran 6.5 inci, chipset permulaan Mediatek Helio G35, berat 190 gram, kamera utama 13 mega piksel dengan lensa telefoto 2 mega piksel, RAM 3GB dengan 32GB storan dalam, pilihan warna biru & hitam.

Realme C21

 

Vivo Y20 2021 – Dilancarkan di Malaysia pada Februari, peranti ini agak asas seperti bateri 5000mah dengan pengecasan biasa 10watt sahaja, skrin berukuran 6.51 inci, chipset permulaan Mediatek Helio P35, berat 192 gram, kamera utama 13 mega piksel lensa makro 2 mega piksel, RAM 4GB dengan 64GB storan dalam, pilihan warna biru & putih.

Vivo Y20 2021

 

Kategori peranti berharga RM600.00 – RM800.00

Redmi Note 10 – Dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac, peranti ini agak berbaloi dengan ciri-ciri agak menonjol seperti bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 33 watt, skrin berukuran 6.43 inci, chipset pertengahan Snapdragon 678, berat 179 gram, kamera utama 48 mega piksel dengan lensa ultra lebar 8 mega piksel, pilihan RAM 4GB dengan 64GB storan dalam atau 6GB dengan 128GB storan dalaman, pilihan warna kelabu, putih, & hijau.

Redmi Note 10

 

Samsung Galaxy A12 – Dilancarkan di Malaysia pada bulan Januari, peranti ini datang dengan ciri-ciri seperti bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 15 watt, skrin berukuran 6.5 inci, chipset permulaan Mediatek Helio G35, berat 205 gram, kamera utama 48 mega piksel dengan lensa ultra lebar 5 mega piksel, RAM 6GB dengan 128GB storan dalam, pilihan warna merah, putih, hitam & biru.

Samsung Galaxy A12

 

Oppo A54 – Dilancarkan di Malaysia pada bulan April, peranti ini datang dengan ciri-ciri seperti bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18watt, skrin berukuran 6.51 inci, chipset permulaan Mediatek Helio P35, berat 192gram, kamera utama 13 mega piksel dengan lensa makro 2 mega piksel, RAM 4GB dengan 64GB atau 128GB storan dalam, pilihan warna hitam & biru.

Oppo A54

 

Realme Narzo 30A – Dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac, peranti ini datang dengan ciri-ciri seperti bateri besar 6000mAh dengan pengecasan pantas 18 watt, skrin berukuran 6.5 inci, chipset pertengahan Mediatek Helio G85, berat 205 gram, kamera utama 13 mega piksel dengan lensa hitam putih 2 mega piksel, RAM 4GB dengan 64GB storan dalam, pilihan warna hitam & biru.

Reallme Narzo 30A

 

Vivo Y20s G – Dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei, peranti ini datang dengan ciri-ciri seperti bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18 watt, skrin berukuran 6.51 inci, chipset pertengahan Mediatek Helio G80, berat 192 gram, kamera utama 13 mega piksel dengan lensa makro 2 mega piksel, RAM 6GB dengan 128GB storan dalam, pilihan warna hitam & biru

Vivo Y20s G

 

Diharap artikel ini dapat membantu anda dalam pembelian peranti anda yang seterusnya. – SM

 

Kredit: Technave BM & channel YouTube Banaka Gadget

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button