Politik

Kalau Ismail Sabri terus jadi PM, permintaan MIC akan dipertimbangkan – Zahid Hamidi

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran jika parti itu menang Pilihan Raya Umum ke-15, jawatan Perdana Menteri akan kekal milik Datuk Seri Ismail Sabri.

Perkara itu dinyatakan dalam ucapan ketika beliau merasmikan Bridge MIC di Stadium Axiata Arena di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika Perdana Menteri meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri maka permintaan MIC akan dipertimbangkan.

“Saya yakin Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), saya dan PM (Perdana Menteri) akan memberi pertimbangan sehabis baik semua permintaan MIC.

“Kerana kita yakin kebersamaaan yang ada dalam parti komponen BN sudah diterjemahkan dengan sebaik baiknya .

“Saya secara konsisten menyatakan bahawa BN akan terus mewujudkan negara bangsa, bangsa Malaysia, apatah lagi jika PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri,” katanya yang disambut hadiri dengan tepukan dan sorakan gemuruh.

Kira-kira 10,000 ahli MIC menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran serta Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S Saravanan.

Kenyataan itu adalah yang pertama seumpamanya berhubung kedudukan Ismail Sabri yang sebelum ini diputuskan Majlis Kerja Tertinggi Umno menjadi calon poster boy dan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

April lalu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15 akan datang.

Ahmad Zahid juga menegaskan permintaan MIC sebelum ini sudah pun dilayani dan ditunaikan Perdana Menteri.

“Saya yakin kesatuan parti pelbagai kaum ini walaupun agak berbeza, kita akan melayani apabila gendang ‘perang’ pilihan raya diumumkan Perdana Menteri.

“Kita akan berada dalam kesatuan besar BN dan yakin permintaan Tan Sri Vicky (Vigneswaran) didengar PM dan ada yang PM sudah umumkan pun tadi, semua permintaan itu diluluskan dan kita kena beri penghargaan kepada PM,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button