Pelakon era 80-an, Aripah Damanhuri menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar 8.15 pagi di Hospital Kuala Lumpur.
Terdahulu, Allahyarhamah pernah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam darah sehingga menggangu fungsi organ tertentu.
Antara kawasan yang terjejas akibat daripada rebakan jangkitan kuman tersebut adalah pada kawasan buah pinggang.
Allahyarhamah merupakan kakak kepada pelakon, Normah Damanhuri dan semasa hayatnya, beliau pernah terlibat dalam filem Senario XX serta beberapa lagi.- SM