Hiburan

Kaka sahkan sudah cerai dengan suaminya

PENYANYI Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff, telah menamatkan perkahwinan mereka yang hampir enam tahun dengan lafaz cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada hari ini.

Menurut laporan HibGlam, proses pengesahan lafaz cerai tersebut berlangsung dengan pantas sekitar tengah hari, menarik perhatian ramai peminat yang mengikuti perkembangan rumah tangga pasangan selebriti ini.

Difahamkan, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, hadir di mahkamah seawal 9 pagi bagi melengkapkan proses ini.

Walaupun kedua-duanya memilih untuk berdiam diri mengenai punca sebenar perceraian, mereka dikatakan berpisah secara baik dan mencapai persetujuan bersama berkenaan hak penjagaan tiga anak mereka. Menurut sumber yang rapat dengan pasangan ini, mereka akan terus menjaga anak-anak bersama dan masih mengekalkan hubungan yang baik sebagai sahabat.

“Kaka memang jarang berkongsi hal peribadi dan dia sangat menjaga privasinya. Setakat ini, mereka nampak seperti pasangan lain tanpa sebarang tanda masalah besar. Kita doakan yang terbaik untuk mereka dan anak-anak,” ujar sumber tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button