Nasional

Kadar pencen hilang upaya masih lapuk, ikut kadar tahun 2000 – PVATM

Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM) mendedahkan seramai 1,798 orang veteran yang cedera parah semasa bertugas menerima pencen hilang upaya pada kadar yang sangat lapuk.

Presidennya, Kapten Datuk Sharuddin Haji Omar berkata, biar pun sudah lebih 22 tahun, kadar pencen semasa yang diterima tetap berdasarkan kadar terdahulu sejak tahun 2000.

“Saya difahamkan ketika ini jumlah penerima faedah pencen hilang upaya semasa menentang Parti Komunis Malaya (PKM) pada zaman negara menghadapi darurat Kedua tidak ramai.

“Mereka adalah veteran yang cedera pada tahap 21 peratus ke 100 peratus semasa bertugas dan daripada jumlah tersebut, seramai 14 orang veteran layak menerima 100 peratus pencen hilang upaya dan Elaun Layanan Semasa (ELS),” katanya.

Sharuddin berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Azly Zahari dalam sidang parlimen berhubung pencen hilang upaya kepada bekas anggota tentera.

Ujar Sharuddin, kajian tersebut telah dibengkelkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sejak tahun lepas lagi dan diharapkan agar MINDEF tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakannya.

“Beliau memberi contoh seorang Veteran dari Kg Kok Lanas, Ketereh, Kelantan. Putus kaki dari buku lali ke bawah terpijak bobby trap Komunis di Gubir, Sik, Kedah pada tahun 1976.

“Kecederaan kekal akibat tindakan musuh hanya dibayar PHU RM114.24 sebulan. Bayangkan kecederaan berlaku sejak tahun 1976 (sudah 47 tahun yang lalu). Namun, Kerjaaan hanya mampu bayar RM114.24 sebulan,” katanya.

Beliau menggesa agar Kerajaan Malaysia Madani segera mengambil langkah untuk menambahbaik kadar pencen hilang upaya (PHU) dan kadar elaun layanan sentiasa (ELS) yang terlepas pandang sejak 22 tahun yang lalu, dengar kadar segera.

.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button