Hiburan

Tiga fakta menarik tentang Shin Kamen Rider yang buatkan generasi 90-an teruja

Majoriti kanak-kanak dewasa yang lahir sekitar era 90-an teruja apabila mengetahui filem Shin Kamen Rider akan ditayangkan tidak lama lagi berdasarkan trailer yang tular.

Kamen Rider atau nama tempatannya, Suria Perkasa Hitam, merupakan satu watak adiwira dari negara Jepun dan aksinya buatkan kanak-kanak turut mahu menjadi hebat.

Berikut adalah tiga fakta menarik tentang filem Shin Kamen Rider

Sebuah Filem Reboot

Shin Kamen Rider adalah sebuah filem reboot atau yang dimodenkan berasaskan siri Kamen Rider pertama yang pernah ditayangkan di Jepun sekitar 1971.

Baik dari segi reka bentuk kostum, kenderaan, watak dan jalan ceritanya, banyak yang dikekalkan agar ia mirip dengan filem asal namun disesuaikan dengan latar masa kini.

Shin Kamen Rider
Shin Kamen Rider

Cyborg Mutan Ciptaan SHOCKER

Mereka yang baharu menonton atau sudah terlupa dari mana asalnya Kamen Rider akan dipertontonkan semula bahawa adiwira ini diciptakan oleh musuhnya sendiri, SHOCKER.

SHOCK pada awalnya menangkap seorang pemuda bijak, Takeshi Hongo, untuk menukarkan dirinya menjadi cyborg mutan namun Takeshi berjaya melarikan diri dan melawan semuka.

Dua Kamen Rider Bergabung

Kamen Rider Ichigo tidak sendirian dalam sepak terajangnya melawan SHOCKER. Ia juga ditemani dengan Hayato Ichimonji yang berkemampuan berubah menjadi Kamen Rider Nigo dan sedia melibas musuh-musuhnya.

Sejak siri pertamanya, mereka sudah lama bertarung bersama dan kini dikenal dengan julukan ‘Double Riders’. – SM

.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.

 

(Visited 622 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button