Alam SekitarBanjirNasional

Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan apabila seramai 33 orang daripada enam keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pagi ini berbanding semalam, 122 daripada 39 keluarga.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, kesemua mangsa termasuk seorang wanita warga emas dan seorang bayi lelaki ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Pasir Mas.

“Kesemua mangsa berada di PPS berikutan kediaman mereka yang terletak di kawasan rendah masih digenangi air disebabkan banjir termenung,” katanya hari ini.

Dalam masa sama, mengikut laporan infobanjir.water.gov.my setakat 8 pagi tadi, dua sungai di Kelantan merekodkan bacaan melepasi paras amaran.

Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan menunjukkan bacaan 8.20 meter (m) (amaran 8 m) namun dengan trend menurun.

Dalam pada itu, paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat, Kelantan pula merekodkan bacaan 2.48 m (amaran 2.15 m). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button