Hiburan
Juara Gegar Vaganza miliki dadah
JUARA Gegar Vaganza, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan memiliki heroin, pada Ahad lalu.
Menurut laporan BH Online, Cliff atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.
Cliff melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.