SEMALAM, kecoh di media sosial selepas personaliti media sosial, Khairul Aming berjaya menjual produk makanannya, Sambal Nyet sebanyak 10,000 botol dalam masa cuma tiga minit.
Jualan produk tersebut dijual Khairul menerusi aplikasi jualan atas talian bersempena dengan jualan 10/10.
Mengikut perkiraan Suara Merdeka berdasarkan harga jualan bagi sebotol sambal itu, Khairul telah berjaya mengaut RM139,000 dalam tempoh masa tiga minit sahaja.
Malah, Khairul juga sempat memuat naik video yang memaparkan telefonnya yang tersangkut seketika kerana sesak dengan notifikasi pembelian.
Menurutnya, kejayaannya menjual dalam masa tiga ini itu juga mengatasi rekod sebelumnya ini yang berjaya menjual 10,000 botol dalam masa 54 minit.
“10 bulan lepas bila Sambal Nyet @sambalnyet di lancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit.
“Hari ini (Ahad) 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sangat guys sebab masih support sampai ke hari ini,” katanya.
Ini bukanlah usaha yang sekejap sebenarnya apatah lagi Khairul Aming sebelum ini terlebih dahulu mempromosikan dirinya menerusi video masakan sebelum tampil dengan produk.
Bila dia dikenali dan memperoleh pengikut yang cukup ramai, barulah dia tampil dengan produknya. Semoga kejayaan yang dicapai Khairul Aming menjadi inspirasi buat kita semua. -SM