NasionalNegeri

JPJ Perlis lancar Kempen Kesedaran Pakai Topi Keledar Selamat

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis melancarkan Kempen Kesedaran Pakai Topi Keledar Selamat sebagai langkah mengurangkan kesan kecederaan ketika penunggang terbabit dalam kemalangan.

Pelancaran ini dilakukan oleh Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah di Bilik Mesyuarat Persatuan Nelayan Negeri Perlis, Kuala Perlis, petang semalam.

Fatimah memakaikan topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal pada Kempen Kesedaran Pakai Topi Keledar Selamat di Kuala Perlis, petang semalam.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis, Jasni Hashim.

Seramai 30 nelayan menerima topi keledar percuma.

Pada majlis berkenaan turut juga diadakan demonstrasi ketahanan helmet yang mendapat pengiktirafan SIRIM berbanding yang tidak mendapat kelulusan SIRIM serta ceramah berkaitan kesedaran memakai topi keledar dengan selamat.

Fatimah berkata, setakat ini kawasan Kuala Perlis dikenalpasti paling ramai menggunakan motosikal.

Sehubungan itu, katanya penduduk perlu disedarkan mengenai penting pemakaian topi keledar dengan kemas termasuk yang diluluskan SIRIM.

“Fakta menunjukkan lebih 70 peratus impak yang dapat dikurangkan dengan menggunakan topi keledar mengikut piawaian berbanding topi keledar yang tidak piawaian,” katanya.

Beliau berkata, di sepanjang tahun lalu sebanyak 75 notis saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai topi keledar.

“Kompaun yang dikenakan jika melakukan kesalahan tersebut adalah sebanyak RM300 kerana ia adalah salah satu kesalahan utama,” katanya.

Fatimah bergambar nelayan yang menerima topi keledar percuma pada Kempen Kesedaran Pakai Topi Keledar Selamat di Kuala Perlis, petang semalam.

Fatimah berkata JPJ akan meneruskan Program Outreach Bersama Komuniti supaya dapat menyedarkan rakyat supaya jadikan pemakaian topi keledar sebagai kemestian apabila menunggang motosikal sekalipun di dalam kampung atau bergerak pada jarak dekat.

Selain itu juga katanya, penting juga kesedaran menggunakan topi keledar yang mengikut piawaian daripada SIRIM dan dipakai dengan kemas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button