Jika UMNO, PH kerjasama, kedudukan kerajaan Johor kukuh – ADUN DAP
KERASAMA UMNO dan Perikatan Nasional di Johor boleh mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri.
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sheikh Omar Ali berkata, pandangan tersebut berdasarkan bilangan ADUN UMNO dan Pakatan Harapan yang ramai di negeri tersebut.
“Soal bersetuju atau tidak, itu perkara lain. Tetapi dari segi angka, ya. Memang jika UMNO dan PH berkerjasama di Johor, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri,” kata Sheikh Omar yang merupakan ADUN Paloh.
Beliau melontarkan pandangan itu berdasarkan formula komposisi kerjasama parti politik yang boleh dilakukan di Perak susulan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Uzumu hilang sokongan.
Katanya jika ADUN UMNO Perak yang memiliki 14 kerusi bergabung dengan PH yang mempunyai 27 kerusi akan membentuk jumlah sebanyak 41 kerusi.
Bilangan tersebut melebihi komposisi kerjasama ADUN BN dan ADUN Perikatan Nasional yang membentuk Kerajaan Negeri Perak sebelum ini.
Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional 25, Bersatu 5, Pas 3, DAP 16, PKR 3, Amanah 5, Gerakan 1 dan Bebas 1.
“UMNO Johor pada masa ini memiliki 14 kerusi DUN, PPBM 12, MIC 2 dan PAS 1. Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi DUN.
“Jika formula Perak digunapakai, UMNO (14 kerusi) bergabung dengan PH (27 kerusi) akan membentuk jumlah 41 dimana jumlah ini adalah jauh lebih besar berbanding sekarang ini.
“41 kerusi DUN membentuk majoriti lebih 2/3 DUN Johor. Kedudukan ini sangat stabil dan meyakinkan.
“Bezanya hanyalah, Menteri Besar sedia ada pada ketika ini datangnya dari UMNO. Ini sedikit berbeza dari situasi di Perak di mana Menteri Besar nya adalah dari parti PPBM.” kata Sheikh Umar.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Uzumu gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya yang berlangsung hari ini.
Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan. Hanya 10 ADUN yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.
Terdahulu, menerusi surat bertarikh 18 November, Abd Manaf berkata Ahmad Faizal yang yang juga ADUN Chenderiang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai keyakinan majoriti Ahli Yang Berhormat DUN.-SM