Alam SekitarNasionalParlimenPencemaran

Jerebu: Kes masuk hospital meningkat dua kali ganda

NEGARA terpaksa berhadapan dengan kos yang sangat besar akibat jerebu yang melanda. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kehadiran jerebu di negara ini menyebabkan kes kemasukan ke hospital meningkat dua kali ganda

“Beberapa operasi telah dibatalkan dan pernah ketika tahun 2015-2019 disebabkan oleh jerebu. Sebab itulah saya faham keprihatinan dan ramai yang merasakan pendekatan yang kita buat masa ini tidak mencukupi untuk kita tangani.

“Kita percaya sememangnya ASEAN dapat bergerak dengan lebih baik jika kita bergerak bersama-sama dalam menangani isu jerebu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Idris Ahmad (PN – Bagan Serai) dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Nik Nazmi  bagaimanapun tidak dapat memperincikan sejauh manakah kos terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Malaysia dan beliau akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Idris.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, tiada peruntukan undang-undang khas yang boleh dikuatkuasakan terhadap syarikat atau negara yang menjadi punca jerebu rentas sempadan di negara ini.

“Perundangan yang kita ada iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) bertujuan mencegah, menghentikan dan mengawal pencemaran alam sekitar yang dikuatkuasakan dalam negara sahaja.

“Berkenaan jerebu rentas sempadan yang dikaitkan dengan pembakaran hutan secara terbuka di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia, buat masa ini kerajaan mengambil pendekatan diplomasi dan berpandangan bahawa rundingan adalah jalan terbaik untuk kita tangani isu pencemaran udara,” katanya. – Awani – SM

BACA Langkah-langkah pencegahan pembakaran terbuka dan jerebu rentas sempadan

BACA Jerebu terus melanda: 8 kawasan catat IPU tidak sihat

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button