Hiburan

Jenama mewah hadiah Tengku Puteri Iman Afzan kepada bayi Neelofa

MENJUNJUNG kasih Tengku. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah, puteri sulung kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadiahkan barangan bayi berjenama Christian Dior kepada Neelofa.

Pemberian hadiah itu dikongsi oleh Neelofa menerusi platform TikToknya yang diambil dari Instastorynya untuk perkongsian orang ramai.

Menerusi rakaman video, Neelofa mencatat, “Baby Lofa belum lahir lagi dah dapat DIOR.”

Menerusi perkongsian berdurasi 36 saat, selebriti sensasi itu teruja menerima hadiah beserta kad ucapan daripada YAM Tengku Puteri Iman Afzan.

Di dalam kad ucapan tersebut, nukilan kata-kata YAM Tengku Puteri Iman Afzan berbunyi seperti berikut:

Semoga maju jaya dalam bab seterusnya dalam kehidupan awak. Ia bab yang paling best! Awak akan jadi ibu bapa yang terbaik. Saya tak sabar nak bertemu baby. Harap awak suka hadiah kecil ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button