AgamaNasionalNegeri

Jawatankuasa Masjid pastikan penceramah bertauliah – Pemangku Raja Perlis

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya pihak Jawatankuasa Masjid hendaklah sentiasa memastikan setiap penceramah, pengkuliah dan tenaga-tenaga pengajar tersebut adalah pemegang tauliah di negeri Perlis.

Baginda bertitah, ini bagi memastikan kualiti dan mutu pengisian di masjid dan surau di negeri ini kekal berada pada standardnya yang tersendiri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berucap semasa berkenan merasmikan Masjid Al-Amin, Sempering di Kangar.

“Serta jauh daripada anasir-anasir luar yang meragukan dan cuba untuk menyemai bibit-bibit perpecahan di kalangan masyarakat di negeri ini,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Masjid Al-Amin, Sempering, Kangar.

Titah Baginda, bagi memastikan keseragaman dan penyelarasan yang teratur khususnya berhubung pengimarahan masjid dan surau, semua pihak hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi agama negeri.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan melakukan perasmian Masjid Al-Amin, Sempering di Kangar.

“Mematuhi ulil amri adalah suatu tuntutan dalam agama Islam, apatah lagi ia selari dengan suruhan agama dan kemaslahatan ummah,” titah Baginda.

Titah Baginda, perkara ini adalah demi kebaikan bersama dan demi melestarikan keharmonian dalam kalangan komuniti dan anak kariah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut solat jemaah pada perasmian masjid Al-Amin, Sempering di Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin berkata, masjid juga adalah pusat perkembangan ilmu dan pemikiran.

“Jawatankuasa Kariah dan agensi agama hedaklah memastikan majlis-majlis ilmu diatur dan diseimbangkan pengisiannya mencakupi bidang-bidang penting dalam agama seperti aqidah, ibadah, akhlak dan sebagainya termasuklah pengetahuan-pengetahuan am seperti kesihatan, ekonomi dan juga isu-isu semasa,” titah Baginda. – SM

BACA Penganjur, penceramah agama tak bertauliah perlu dikenakan tindakan- Raja Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button