Politik

Jawatan Ketua Penerangan UMNO: Azalina ganti Isham Jalil

JAWATAN Ketua Penerangan UMNO yang digalas oleh Isham Jalil digantikan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said. Isham yang juga Ahli MKT UMNO dalam satu kenyataannya sebentar tadi mengakui, jawatan tersebut telah dilepaskannya.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang baharu yang telah mengangkat sumpah sebentar tadi.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Azalina Othman Said kerana telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan saya.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota kerja dan jentera Penerangan UMNO Malaysia dan di peringkat akar umbi kerana telah memberikan kerjasama kepada saya selama empat bulan saya menjadi Ketua Penerangan,” kata Isham.

AZALINA

Katanya lagi, “saya mohon supaya tuan-tuan dan puan-puan teruskan perjuangan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Penerangan yang baharu iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said.”

Isham turut menyifatkan Azalina sebagai seorang pemimpin yang baik dan berkebolehan tinggi.

“Terima kasih juga kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana telah memberikan peluang kepada saya berkhidmat sebagai Ketua Penerangan UMNO sebelum ini,” katanya. – SM

BACA Sudah boleh “swipe” UMNO

SENARAI AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO 2023-2026

  1. Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden
  2. Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan, Timbalan Presiden
  3. Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Naib Presiden
  4. Dato’ Sri Khaled bin Nordin, Naib Presiden
  5. Dato’ Sri Johari Ghani, Naib Presiden
  6. Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung
  7. YM Tengku Adnan Tengku Mansur, Bendahari
  8. Dato’ Seri Azalina Othman Said, Ketua Penerangan
  9. Dato’ Dr Noraini Ahmad, Ketua Wanita
  10. Dr Akmal Saleh, Ketua Pemuda
  11. Datuk Nurul Amal, Ketua Puteri
  12. Datuk Dr Shamsul Annuar Nasarah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  13. Dato’ Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  14. Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  15. Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  16. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Haji Radin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  17. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  18. Datuk Seri Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  19. Dato’ Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  20. Dato’ Haji Azian bin Osman, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  21. Dato’ Seri Dr Md Alwi bin Che Ahmad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  22. Dato’ Dr Ir Shaik Hussein bin Mydin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  23. Datuk Zahida binti Zarik Khan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  24. Datuk Haji Mohd Razlan bin Muhammad Rafii, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  25. Dato’ Sri Mohd Sharkar bin Shamsudin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  26. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  27. Datuk Dr Mohd Puad bin Zarkashi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  28. Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  29. Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  30. Isham Jalil, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  31. Datuk Seri Panglima Abdul Rahman bin Dahlan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  32. Dato’ Lokman Noor Adam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  33. Dato’ Seri Dr Ahmad bin Said, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  34. Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  35. Datuk Rafi Alli Hasan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  36. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
  37. Dato’ Seri Reezal Merican Naima Merican, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  38. Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  39. Datuk Norliza, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  40. Hairi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  41. Sokleha, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  42. Tan Sri Shahrizat Jalil, Ahli Majli Kerja Tertinggi (dilantik)
  43. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Alias, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  44. Datuk Muhammad bin Alamin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  45. Tan Sri Fatmi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  46. Datuk Hasnul, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  47. Datuk Nur Jazlan Mohamad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  48. Datuk Shafie Abdullah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  49. Datuk Jailani bin Johari, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  50. Datuk Hasmuni, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  51. Datuk Yakub Khan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  52. Datuk Siti Aminah Aching, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  53. Datuk Musa Sheikh Fazir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  54. Datuk Rozabil, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  55. Datuk Faizal, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  56. Datuk Hj Ahmad Ismail, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (dilantik)
  57. Datuk Ariff, Ahli Majlid Kerja Tertinggi (dilantik)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button