Nasionalpilihan

Jangan samakan nilai data peribadi anda dengan sebuku sabun sahaja

Data peribadi paling beharga yang harus anda lindungi adalah nombor telefon

DATA peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang digunakan di dalam transaksi komersial yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang subjek data yang dikenalpasti daripada maklumat tersebut.

Data tersebut boleh direkodkan sama ada secara manual atau elektronik meliputi perkara-perkara objektif dan juga subjektif tanpa mengira sumber maklumat itu diperolehi meliputi maklumat asas (contohnya nama, alamat dan nombor kad pengenalan) sehinggalah ke maklumat sensitif (contohnya rekod perubatan dan tahap kesihatan) atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.

Maka, inisiatif melindungi data peribadi seseorang itu haruslah bermula dengan diri sendiri. Jangan mudah berkongsi maklumat peribadi anda hanya untuk ditukar dengan barangan percuma seperti sebuku sabun dengan mengisi borang berserta nama penuh serta nombor telefon atau emel yang di minta sebagai ganti pemberian percuma itu. Tindakan seperti itu boleh mendedahkan kepada risiko kecurian data peribadi anda oleh individu yang tidak dikenali.

Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Mazmalek Mohamad ketika sesi penerangan bersama media mengenai data peribadi semalam di Putrajaya. Foto: Suara Merdeka

Manakala nombor telefon pula merupakan data peribadi yang paling berharga ketika ini dan berisiko digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sama ada untuk mengaut keuntungan atau menganiaya seseorang, kata Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Mazmalek Mohamad.

Dalam satu taklimat media mengenai data peribadi, belaiu menasihatkan rakyat negara ini agar tidak menyertai pelbagai kumpulan WhatsApp yang tidak berfaedah bagi mengelak berlaku perkongsian nombor telefon tanpa disedari.

“Kadang-kadang kita tidak kenal semua ahli kumpulan. Tanpa kita sendari, ada di antara ahli kumpulan secara diam-diam kongsi nombor telefon kita dengan orang lain.

Apabila semua nombor telefon dalam kumpulan itu telah dikongsi dengan ‘scammer’ atau agensi telepemasaran, mereka tinggalkan kumpulan WhatsApp dan sertai kumpulan lain pula,” katanya.

Taktik berkenaan memudahkan sendiket penipuan atau telepemasaran memiliki telefon secara mudah.

Keghairahan pengguna mewujudkan dan berada di dalam banyak kumpulan aplikasi WhatsApp boleh mengundang padah.

Menurut Kaji Selidik Pengguna Internet 2020 yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), 98.7% rakyat negara ini memilih aplikasi WhatsApp sebagai medium komunikasi utama.

“Jumlah ini tinggi, kalua semua nombor telefon ini dikongsi dengan mudah, maka ramai rakyat kita terdedah dengan jenayah penipuan.” katanya.

Mazmalek dalam pada itu berkata pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini dan ia kini dalam proses semakan olej Jabatan Peguam Negara.

Pada 12 Februari 2020, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dilaporkan telah menjalankan rundingan awam berhubung cadangan pindaan Akta 709 bagi memperkasa perlindungan data peribadi di Malaysia di samping memastikan akta berkenaan selari dengan kehendak revolusi ekonomi digital, teknologi, sosial dan perkembangan persekitaran. – SM

Artikel berkaitan > Isu tular jual data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia bukan milik JPN – Hamzah

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button