Politik

Jangan cetus krisis politik, perlembagaan – Pemuda UMNO

Pergerakan Pemuda UMNO mengingatkan para pemimpin politik supaya tidak mencetuskan krisis baharu ketika negara sedang berdepan dengan krisis kesihatan akibat daripada pandemik Covid-19.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Aizat Azam berkata, semua pihak perlu berganding bahu menangani krisis kesihatan yang dihadapi pada masa ini dan bukan menimbulkan krisis baharu.

“Janganlah cetuskan krisis politik dan perlembagaan ketika negara sedang berdepan dengan situasi getir,” katanya.

Pembangkang sebelum ini selain mengucar-kacirkan persidangan parlimen, juga berusaha mengheret Yang di-Pertuan Agong ke dalam krisis politik dan perlembagaan berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat dan penamatan Proklamasi Darurat.

Pihak kerajaan bagaimanapun telah menjelaskan ia adalah proses biasa dan tiada krisis di antara istana dan kerajaan dalam isu berkenaan.

Adalah perkara biasa Yang di-Pertuan Agong berlainan pendapat dengan kerajaan dalam sesetengah isu termasuk dua isu berkenaan.

Di pihak kerajaan ia akan diselesaikan secara harmoni dan tidak perlu mengheret istana ke jalanan.

Semalam juga sekumpulan penunjuk perasaan berpakaian turut turun ke jalan mengadakan bantahan dan mendesak perdana menteri meletakkan jawatan dan kerajaan berundur.

Kelompok itu mendakwa kerajaan telah gagal menangani krisis pandemik, sedangkan kerajaan telah membentangkan Pelan Pemulihan Negara dan negara akan keluar dari kemelut pandemik dalam tempoh tiga bulan, melalui pelbagai inisiatif.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button