NasionalNegeri

Jaminan ekonomi Perlis tidak “malap” – Perdana Menteri

PERDANA Menteri memberi jaminan kepada kerajaan negeri dan juga rakyat Perlis bahawa tidak akan membiarkan ekonomi negeri terus “malap” berbanding dengan negeri-negeri ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kerajaan Pusat juga bertanggungjawab bagi membantu pembangunan ekonomi di Perlis.

Berikutan itu katanya, mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang akan datang bakal diadakan di Perlis berbanding sebelum ini di Putrajaya.

“Seluruh jentera dari Pusat dan akan turun di sini maka di sini kerajaan negeri perlu menggunakan peluang ini bagi membangunkan ekonomi,” katanya ketika berucap di majlis bersama 1,200 penjawat awam di Dewan 2020 Kangar.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Anwar pertama kali melakukan lawatan sehari ke Perlis sejak memegang tampuk pemerintahan negara pada 24 November tahun lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button