BeritaLuar Negara

Jakarta tenggelam, 60 kematian dilapor

SEKURANG-KURANGNYA 60 kematian hari ini direkodkan dalam bencana banjir yang melanda ibu negara Indonesia.

Angka itu dijangka akan terus meningkat dalam operasi menyelamat bagi menghantar bekalan makanan di kawasan terperangkap.

Malah, lebih 170,000 penduduk dilaporkan berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) apabila kediaman mereka ditenggelami air.

Agensi Mitigasi Bencana Nasionalnya, Agus Wibowo memberitahu hujan luar biasa dilaporkan turun di kawasan Selatan Kepulauwan Jawa.

“Kami menemui banyak mayat.

“Sejak Sabtu lalu, angka kematian meningkat sehingga 60 orang,” katanya.

Dalam pada itu, portal Channel News Asia yang memetik laporan AFP turut memberitahu bekalan keperluan bagi mangsa di PPS semakin berkurangan.

Malah sebahagian mangsa dilapor menggunakan air banjir bagi tujuan tertentu seperti mandi dan mencuci pinggan.

Tiada sambutan tahun baharu di Jakarta ekoran wilayah itu dilanda banjir akibat hujan lebat luar biasa menenggelamkan beberapa kawasan di sana. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button