Jakarta, Bali jadi destinasi kegemaran rai malam tahun baru 2022
JAKARTA dan Bali ialah dua destinasi pelancongan kegemaran untuk meraikan malam tahun baru 2021-2022, menurut data terkini daripada Agoda.
Jakarta berada di tempat pertama dan diikuti oleh Bali di tempat kedua, Bandung di Jawa Barat di tempat ketiga, Yogyakarta di tempat keempat dan Surabaya di Jawa Timur berada di tempat kelima.
Kedudukan lima teratas kekal sama pada malam tahun baharu 2020-2021, tetapi perbezaannya dilihat pada kedudukan keenam, kesembilan dan ke-10.
Sebelumnya, pada malam tahun baru 2020-2021, Malang di Jawa Timur berada di tempat keenam, kemudian Makassar di Sulawesi Selatan berada di posisi kesembilan, dan Medan di Sumatera Utara berada di tempat ke-10.
Sementara itu, pada malam tahun baru 2021-2022, Medan naik ke tangga keenam, manakala Malang turun ke tangga kesembilan, dan Pulau Batam di Kepulauan Riau di tempat ke-10.
Menurut laporan Kompas, berdasarkan maklumat rasmi Agoda, Jakarta menawarkan pelbagai hiburan dan aktiviti menarik sepanjang tahun baru.
Bali masih diserbu oleh pelancong ketika pelonggaran sekatan perjalanan daripada kerajaan.
Berikut adalah senarai lengkap destinasi pelancongan kegemaran pada malam tahun baru 2022 di Indonesia:
1. Jakarta
2. Bali
3. Bandung
4. Yogyakarta
5. Surabaya
6. Medan
7. Semarang
8. Bogor
9. Malang
10. Pulau Batam
Bagi rantau Asia, data daripada Agoda menunjukkan bahawa pantai di Bali termasuk dalam senarai kegemaran destinasi pelancongan untuk malam tahun baru 2021-2022.
Selain Bali, terdapat juga Goa di India yang menduduki tempat pertama, Cebu di Filipina, Pattaya di Thailand, Pulau Jeju di Korea Selatan dan Pulau Pinang di Malaysia. – SM