NasionalNegeriUncategorized

Jaga kebersihan tarik pelancong ke Perlis – Raja Muda

RAJA Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, aspek kebersihan wajar terus diberi penekanan utama untuk menarik lebih banyak pelancong berkunjung ke Perlis.

Baginda bertitah, segenap masyarakat dan semua pihak di negeri ini mestilah saling bekerjasama untuk merealisasikannya.

Titah Baginda, setiap anggota masyarakat juga perlu bersama-sama memainkan peranan untuk mengubah sikap dalam meningkatkan amalan kebersihan masing-masing terutama sekali penjagaan alam sekitar dan premis makanan seperti kedai, warung, restoran dan lain-lain lagi.

“Premis-premis ini wajar memastikan kualiti kebersihan dan perkhidmatan jualan makanan berada di tahap yang tertinggi sejajar dengan dinamik semasa dan harapan pelanggan,” katanya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian dalam kenyataan media oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat MAIPs bernilai USD112 kepada Masjid Raya Nur Ilahi Provinsi Kepulauan Riau, Dompak Bukit Bestari, Tanjung Pinang, Indonesia yang diterima oleh Ketua Pengurusan Masjidnya, Dr H. Handralin, petang semalam.

Berangkat sama mengiring Baginda, anakanda-anakanda Sharifah Khatreena Nuraniah dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin turut menyarankan supaya pihak berkuasa menguatkan lagi tahap penguatkuasaan terutama sekali dalam kecekapan dan keberkesanan tindakan terhadap mereka yang mencemarkan alam sekitar di negeri ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button