Hiburan

Itu sudah merepek sangat, menimbulkan fitnah – Ruhainies

β€œItu dah merepek, sudah merepek sangat. Sampaikan Anis rasa agak melampau dakwaan itu kerana boleh menimbulkan fitnah.

β€œAnis tak tahu siapa yang buat benda itu, bila media tulis, Anis rasa sedih membaca berita-berita tidak sahih dikeluarkan,” itu kata-kata Ruhainies mengulas dakwaan kononnya dia dan Aliff Aziz akan bertunang.
Dia menyifatkan dakwaan dirinya akan bertunang dengan Aliff Aziz itu sebagai tuduhan tidak berasas.
Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul IlyasΒ  ditemui media di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Dia bersama Aliff hadir bagi menghadapi tuduhan berkhalwat pada Mac lalu.
Bagaimanapun kedua-duanya mengaku tidak bersama dan minta dibicarakan.
Pasangan itu tiba di mahkamah pukul 9.05 pagi bersama peguam syarie Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani yang mewakili mereka berdua.
Kedua-duanya turut meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk kes mereka.
Terdahulu pada 20 Jun lalu, pasangan ini dilihat hadir di mahkamah sama dan berada di sana selama tiga jam.
Mereka tiba di mahkamah jam 8.40 pagi dan dilihat beredar jam 11.50 pagi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button