Isu Jalur gemilang terbalik, Victor mohon maaf
SYARIKAT peralatan sukan, Victor Malaysia mengeluarkan permohonan maaf rasmi berhubung insiden bendera Malaysia yang dipasang secara terbalik di jersi pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia ketika beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, semalam.
Syarikat peralatan sukan badminton terkemuka itu mengemukakan permohonan maaf menerusi kenyataan rasmi di laman sosial rasminya di platform X
Menurut laporan Berita Harian, Victor Malaysia menjelaskan bahawa insiden itu dipandang serius dan tidak berniat untuk menimbulkan kontrovesi serta akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kesilapan itu tidak berulang.
“Kami dengan rendah hati memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan yang tertera pada baju jersi ketika Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, hari ini.
“Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam kami terhadap Malaysia, simbol kebangsaannya, atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di persada antarabangsa.
Victor Malaysia menjelaskan bahawa insiden itu dipandang serius dan tidak berniat untuk menimbulkan kontrovesi serta akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kesilapan itu tidak berulang.
“Kami dengan rendah hati memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan yang tertera pada baju jersi ketika Jelajah Dunia Akhir BWF 2024.
“Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam kami terhadap Malaysia, simbol kebangsaannya, atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di persada antarabangsa.
“Bendera Malaysia melambangkan lo perpaduan dan identiti, dan kami amat kesal dengan sebarang rasa tidak hormat yang tidak disengajakan disebabkan oleh kesilapan ini.
“Sekali lagi, kami memohon maaf yang setulus hati dan menghargai pertimbangan anda,” kata Victor dalam kenyataan itu.
Zii Jia ketika perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen dapat dilihat dengan jelas di kaca televisyen memakai bendera Jalur Gemilang di bahagian kiri jersinya dalam keadaan terbalik.
Pemain di ranking lapan dunia itu seperti diketahui adalah adalah pemain profesional dan jerainya tidak dibekalkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebaliknya oleh penaja Victor.