Rencah Hidup

Istilah Indon dikatakan penghinaan, MALINGSIA pun satu penghinaan

HUBUNGAN baik yang terjalin di antara Malaysia dan Indonesia jangan dikeruhkan dengan istilah yang membawa maksud kurang baik atau kurang senang dalam hati kedua-dua rakyat dari negara serumpun.

Sudah lama istilah kepada singkatan Indonesia, Indon digunapakai oleh rakyat Malaysia bagi merujuk warga Indonesia.

Namun penggunaan istilah Indon, pernah suatu ketika, tidak disenangi oleh rakyat negara jiran itu kerana ada segelintir beranggapan, singkatan Indon itu apabila diungkapkan berbunyi penghinaan.

Ternyata rakyat Malaysia tidak pernah menghina rakan-rakan dari Indonesia dengan singkatan istilah tersebut tetapi timbul istilah MALINGSIA yang merujuk kepada rakyat Malaysia.

Jika mengikut pemahaman biasa, istilah MALING dalam bahasa Indonesia membawa maksud PENCURI.

Jika istilah MALINGSIA itu digunakan untuk merujuk kepada rakyat Malaysia, memang itu tidak bagus dan boleh mencetuskan rasa tidak senang selain menggugat keharmonian yang terjalin di antara rakyat kedua-dua negara.

Di dalam twiter menerusi akaun Saufy Jauhary, dicoretkan isu INDON-MALINGSIA.

Beliau membuat coretan tersebut kemungkinan besar kerana terpanggil untuk menjawab twiter errysober yang memanggil rakyat Malaysia sebagai MALINGSIA dan mengatakan, INDONESIA bukan INDON.

Beberapa tangkap tayar turut dikongsi oleh Saufy Jauhary.

Ramai rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia. Ramai penyanyi dari Indonesia yang mencari pasaran di Malaysia dan ramai juga artis Indonesia-Malaysia berkahwin dan beranak pinak.

Hubungan silaturahim yang terjalin sejak sekian lama, tidak harus digoyah dan dirobek dengan istilah yang bukan-bukan sehingga membawa kepada pemahaman atau maksud yang salah.

Hubungan diplomatik di antara kerajaan juga sentiasa dipupuk dan dijaga kerana hidup serumpun di bawah Gagasan Archiepilago adalah sejarah yang tidak boleh diubah.

Generasi Indonesia dan Malaysia hari ini perlu bijak mengelak daripada bersengketa atau bercakaran kerana dunia yang diwariskan, biarlah aman damai. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button