Nasional

Isteri khuatir suami, anak dan rakan hilang di Kuala Kemasin ketika memukat ikan

ENAM anggota di darat dan lapan anggota di laut dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan ditugaskan dalam operasi mencari tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin, Kelantan yang dikhuatiri hilang selepas berlaku ribut dan kabus tebal. Ketiga-tiga nelayan berkenaan dikhuatiri hilang sejak jam 3 pagi semalam.

Menurut isteri salah seorang daripada tiga nelayan berkenaan, Nik Suliana Bikri Kamal, 41, suaminya, Rohaimi Ahmad, 47, anak mereka, Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz, 21, dan kawannya Amir Zulfikar Che Wil, 29, keluar dari kuala tersebut dengan menaiki bot yang dipinjam daripada menantu mereka Raja Mohd Shamsul Amir Raja Ismail, menuju Pantai Sabak, Kota Bharu.

“Biasanya pukul 3 atau 4 petang mereka sudah balik dan membawa tangkapan tetapi sehingga jam 3 pagi, mereka tidak muncul-muncul dan usaha mencari dilakukan bermula jam 6 petang semalam,” katanya.

Nik Suliana  yang juga ibu kepada 10 orang anak berkata, Raja Mohd Shamsul memaklumkannya, nelayan lain memberitahu bot mangsa pulang awal dan disangkakan sudah sampai di Jeti Kuala Kemasin.

Nik Suliana berkata, ketiga-tiga mereka sudah biasa ke laut dan berpengalaman lebih 10 tahun menangkap ikan.

“Mungkin berlaku perubahan cuaca dan mereka tersasar laluan ke tempat lain. Apapun kita berdoa mereka selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Ishak Rahmat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan yang mengesahkan kejadian.

“Enam anggota APMM di darat dan lapan anggota di laut telah ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat,” katanya. – SM

BACA Nelayan hilang ditemui terdampar di Pulau Menatang

BACA Nelayan, pemandu bas dihadap ke mahkamah pukul anjing

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button