Isteri John Travolta meninggal dunia
BINTANG filem Pulp Fiction, John Travolta hari ini mengesahkan yang dia telah kehilangan isterinya akibat kanser payu dara.
Pemergian Kelly itu diumumkan Travolta menerusi akaun Instagramnya hari ini.
“Dengan hati yang sangat berat, saya ingin mengumumkan yang saya telah kehilangan isteri saya, Kelly selepas dua tahun bergelut dengan kanser payudara
BACA> Cucu Elvis Presley maut tertembak diri sendiri
“Dia sudah bertarung habis-habis untuk melawan penyakitnya menerusi sokongan yang diberikan keluarkan dan peminat,” katanya.
Travolta turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas kesihatan dan doktor yang merawat mendiang isterinya di Pusat Kanser MD Anderson.
Jelasnya, dia kini akan mengambil sedikit masa untuk bersama dengan anak-anak bagi membina kembali kekuatan mereka selepas kehilangan ibu.
“Saya minta maaf jika saya terpaksa menyepikan diri buat seketika ini tetapi jangan risau, semua ucapan dan semangat yang diberikan anda akan saya gunakan untuk menempuh fasa yang sukar ini,” jelasnya.
BACA> Samakan isteri dengan haiwan, Aliff Aziz tularkan netizen
Setelah menderita dan bertarung selama dua tahun akibat kanser, mendiang meninggalkan dua orang anak iaitu Ella, 20 dan Benjamin yang kini berusia sembilan tahun.
Sebelum ini, seorang lagi anak mereka iaitu Jett telah meninggal dunia ketika usia 16 tahun pada tahun 2009. -SM