Ismail tolak debat calon PM dengan Anwar Ibrahim
TIDAK perlu untuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdebat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memang wajarlah Ismail Sabri menolak berdebat dengan ‘kaki debat’, Anwar.
Bukan alasan kosong apabila Ismail Sabri menolak pelawaan itu dengan memberi alasan bukan budaya kita.
Ismail Sabri berkata, perdebatan yang disarankan itu tidak akan mendatangkan sebarang hasil.
“Bukan budaya kita, dia tak datang apa-apa hasil. Kalau bagi debat, dia akan sebut janji dia bulan bintang akan sebut, jadi tak perlu,” pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, seperti dilaporkan FMT hari ini.
Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya tentang cadangan Anwar supaya tiga calon perdana menteri dari
Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan debat secara terbuka sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada 20 Oktober lalu, Anwar mencadangkan diadakan debat terbuka antara calon tiga calon perdana menteri dari Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Anwar yang bercita-cita untuk perdana Menteri dipandang sebagai calon PM bagi PH manakala Muhyiddin Yassin pula mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan orang ramai sebagai calon PM sekali lagi bagi PN. – SM