Ismail Sabri sertai Biden dan pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertai Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS selama dua hari di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).
Para pemimpin telah bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global pada sesi yang dijadualkan pada 2.30 petang Jumaat (2.30 pagi Sabtu di Malaysia).
Sebelum itu, Ismail Sabri menghadiri majlis makan tengah hari kerja yang dihoskan oleh Naib Presiden AS Kamala Harris, dan perbincangan mereka dijangka menyentuh mengenai kerjasama maritim, kesihatan dan pemulihan pandemik.
Harris dan para pemimpin ASEAN akan meneruskan satu lagi sesi perbincangan nanti yang akan memfokuskan kepada tindakan berkaitan isu perubahan iklim, transformasi tenaga bersih dan infrastruktur mampan.
Semua sesi pada hari terakhir Sidang Kemuncak dua hari akan berlangsung di Jabatan Negara AS.
Baca artikel ini > Kepimpinan YAB PM dalam Kerjasama ASEAN-AS pemangkin pemulihan ekonomi