Rencah Hidup
Ismail Sabri sampai sumbangan kepada pesara tentera yang tinggal di bawah jambatan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyampaikan sumbangan kepada anak-anak pesara tentera Suria Mohamad Hassan selepas melakukan lawatan kebajikan ke atas pesara tentera tersebut di Perumahan Awam Sri Johor.
Suria dan keluarga sebelum ini tinggal di bawah jejantas Jalan Loke Yew 6, hampir enam bulan mulai Januari 2021 setelah tidak mampu membayar sewa rumah kerana hilang punca pendapatan ekoran pandemik COVID-19.