Nasional

Ismail Sabri bertemu Dr. Mahathir di Jepun

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu dan bertanya khabar keadaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei di Tokyo malam tadi.

Mereka berdua telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27 yang bermula semalam.

Tun Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama pada persidangan itu pada pagi ini.

Ismail Sabri telah menyampaikan ucaptama pada pagi semalam.

Acara itu dihoskan Nikkei Inc setiap tahun sejak 1995, persidangan ini menghimpunkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan tokoh-tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button