KesihatanNasionalPenyakit

IJN discaj ramai pesakit jantung penjawat awam, pesara

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) yang merupakan pemerhati rapat senario politik tanah air, Isham Jalil tidak betah tanpa mengkritik isu berkaitan dengan rakyat. Terkini, beliau telah dimaklumkan bahawa baru-baru ini Institut Jantung Negara (IJN) telah mengeluarkan (discaj) ramai pesakit jantung dalam kalangan penjawat awam dan pesara-pesara pencen.

Menurut catatan Isham yang terbuka untuk bacaan umum, pesakit-pesakit ini dikeluarkan dan dihantar ke hospital-hospital kerajaan yang lain dan tidak lagi mendapat rawatan pakar di IJN.

“Saya berpendapat ini adalah tidak adil kepada penjawat awam dan pesara-pesara kerajaan. Ini kerana semasa mereka bekerja dengan kerajaan mereka memegang anggapan yang sah (legitimate expectation) bahawa mereka akan mendapat rawatan di hospital pakar kerajaan seperti IJN jika mereka kelak mempunyai masalah jantung.

“Tiba-tiba selepas pencen mereka dihantar ke hospital lain pula yang tidak mempunyai kelengkapan penyakit jantung sebaik IJN.

“Jika mereka mahu meneruskan juga rawatan di IJN, mereka perlu bayar sendiri di sayap swasta IJN,” tulis Isham dalam mempertikaikan apa yang berlaku ke atas penjawat awam dan mereka yang pencen yang tidak mendapat rawatan di IJN sebaliknya ke hospital kerajaan biasa-biasa.

Kata Isham lagi dalam catatannya, ada antara pesakit pesara ini menyatakan bahawa pegawai IJN memaklumkan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa sebab ini adalah sebahagian daripada langkah penjimatan kerajaan dan ada yang kata, sebab ingin kosongkan ruang untuk beri orang lain masuk, jelas Isham.

Persoalan yang Isham timbulkan di sini, adakah orang lain yang ingin dimasukkan ini adalah orang yang mampu bayar sendiri supaya IJN boleh fokus lebih banyak masa kepada pesakit swasta dan membuat lebih banyak duit dari sayap swasta pada masa yang sama meminggirkan penjawat awam dan pesara pencen?

“Saya ingin ingatkan Menteri yang jaga IJN kini, IJN ini ditubuhkan bukan untuk buat duit seperti hospital swasta, ia ditubuhkan sebagai insititusi perkhidmatan kesihatan jantung kepada awam. Motif utamanya adalah khidmat awam, bukannya keuntungan.

“Kerajaan kata mereka akan jelaskan perkara ini kemudian. Saya menunggu penjelasan kerajaan,” tuntut Isham dalam penulisannya.

Kata Isham lagi, sekarang ini untuk masuk menjadi penjawat awam, pencen sudah tiada.

Isham dalam catatannya juga mendakwa, apabila bekerja sebagai penjawat awam, Menteri boleh pecat sesuka hati tanpa ikut proses dan Perlembagaan kononnya atas alasan prestasi.

“Bila bersara dan pencen penjawat awam pula, ingin pergi hospital pakar kerajaan pun menjadi kesukaran dan dikeluarkan. Apalah nasib penjawat awam dan pesara di bawah kerajaan Madani ini,” kata Isham Jalil. – SM

BACA Tun M dimasukkan ke IJN, dijangkiti Covid-19

BACA Di sebalik tirai besi: Najib ke IJN untuk rawatan perubatan terbaik

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button