Insurans haiwan kesayangan dengan Insurans PAWer oleh Etiqa
Etiqa Insuran Am Berhad dengan kerjasama Petotum, sebuah platform ekosistem haiwan kesayangan pertama di Asia Tenggara telah melancarkan ‘Insurance PAWer’, sebuah pelan insurans haiwan kesayangan yang komprehensif yang memanfaatkan potensi kecanggihan teknologi bagi menawarkan kemudahan yang julung kali kepada pemilik haiwan kesayangan.
Kerjasama dinamik ini memberi nafas baru kepada pemilikan haiwan bertanggungjawab serta insurans, mendefinisikan semula cara pengguna membeli insurans secara dalam talian dan serta memajukan industri veterinar di Malaysia.
Insurans PAWer memperkenalkan ciri-ciri inovatif termasuk kemasukan tanpa wang tunai di panel klinik veterinar dan proses tuntutan yang lancar bagi pemilik haiwan kesayangan.
Selain dari insurans, Insurans PAWer bersedia membuka potensi penuh industry veterinar di Malaysia dan menyumbang kepada usaha pemilikan haiwan dan kebajikan haiwan yang bertanggungjawab.
Sorotan utama Insurance PAWer dan Kerjasama Perintis:
-
Insurans Haiwan Kesayangan Digital Pertama di Asia dengan Kemasukan Tanpa Tunai: Insurance PAWer siap sedia menjadi insurance haiwan kesayangan digital pertama di ASia, menetapkan standard bahari di rantai ini dengan kemasukan tanpa tunai di panel klinik veterinar.
-
Perlindungan Liabiliti Pihak Ketiga: Etiqa akan menanggung kos jika haiwan kesayangan anda menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada orang lain dengan bayaran balik sehingga RM50,000.
-
Pengalaman Tuntutan Yang Lancar: Kerjasama antara Etiqa Insurance Am dan Petotum menyelaraskan proses tuntutan bagi memastikan pengalaman yang lancar serta tidak membebankan pemilik haiwan kesayangan dan klinik veterinar ketika proses bayaran balik.
-
Evolusi Teknologi: Petotum, sebagai rakan kongsi teknologi telah menyepadukan platform dengan solusi insurans Etiqa, mendifinisikan semula cara pembelian insurans haiwan secara dalam talian.
-
Memajukan Industri Veterinar: Insurans PAWer memanfaatkan potensi penuh industri veterinar di Malaysia, mempromosikan akses kepada penjagaan haiwan kesayangan berkualiti serta menggalakkan amalan pemilikan haiwan bertanggungjawab.
Etiqa Insurance Am Berhad dan Petotum juga sangat teruja dalam bekerjasama rapat dengan industri veterinar, menyeru klinik veterinar untuk mendaftar sebagai panel klinik veterinar dengan Petotum.
Perkongsian ini akan membantu menyelaraskan lagi proses penjagaan kesihatan dan pemilikan haiwan haiwan yang bertanggungjawab.
Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurans Am Berhad, Fukhairudin Mohd Yusof menyatakan keterujaannya terhadap kerjasama ini.
“Dengan memanfaatkan kepakaran melalui kerjasama ini, Etiqa Insurans Am Berhad berhasrat menawarkan produk insurans komprehensif yang melindungi perkara yang paling penting kepada pemilik haiwan peliharaan, digabungkan dengan pengalaman pelanggan yang lancar.
‘Insurans PAWer adalah bukti dedikasi Etiqa dalam merealisasikan misi korporatnya untuk Menjadikan Dunia Tempat yang Lebih Baik, dengan melindungi haiwan kesayangan dan menyebarkan kesedaran tentang kepentingannya.
‘Kerjasama kami dengan Petotum mewakili lonjakan yang ketara dalam inovasi industri insurans dan menetapkan standard baharu untuk kemudahan,” katanya.
Petotum, sebagai platform ekosistem haiwan kesayangan pertama di Asia Tenggara, sangat teruja untuk berada di barisan hadapan dalam inisiatif transformatif ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Petotum, Afifah Basir menyatakan, “Kami berbangga menjadi rakan kongsi teknologi untuk ‘Insurans PAWer,’ membawa dimensi baharu kepada pemilikan haiwan kesayangan bertanggungjawab dan insurans di rantau ini.
“Penyepaduan platform kami dengan Etiqa Insurans Am Berhad mentakrifkan semula pengalaman pembelian insurans dalam talian. Kerjasama ini adalah bukti teknologi memberi impak positif kepada kehidupan haiwan peliharaan dan pemiliknya.
‘Kami percaya ia bukan sahaja akan memberi manfaat kepada industri haiwan peliharaan di Malaysia tetapi juga menjadi contoh untuk pemilikan haiwan yang bertanggungjawab di seluruh dunia.”
Insurans PAWer oleh Etiqa Insurance Am Berhad dan Petotum menandakan peristiwa penting dalam landskap insurans haiwan peliharaan, menawarkan kemudahan yang tiada tandingan dan perlindungan komprehensif kepada pemilik haiwan peliharaan sambil memajukan industri veterinar di Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang “Insurans PAWer” dan Inisiatif Pemilikan Haiwan Bertanggungjawab, sila layari https://www.petotum.com/pet-