Nasional

‘Instafamous’ dipenjara, didenda curi barang di pasar raya

Seorang ‘Instafamous’ terkenal dipenjara sehari dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur  hari ini kerana mencuri beberapa barangan bernilai lebih RM100 di sebuah pasar raya, semalam.
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Rumaisyah Yahya, 31, yang mengaku bersalah mencuri barangan antaranya penyangkut baju, ubat gigi dan minuman keseluruhannya berjumlah RM108.18 di sebuah pasar raya di pusat beli-belah Suria KLCC, Jalan Ampang di sini, pada 4.30 petang, 1 Nov (semalam).
Memetik laporan BERNAMA, pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.
Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar yoga telah mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa, namun dia tidak membuat pembayaran bagi barangan tersebut sebelum berjalan ke bahagian lain dan terus keluar dari pasar raya itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button